25 Jul 2014

Dr Mahathir serang Israel, gelar mereka lebih teruk daripada Nazi


Dr Mahathir serang Israel, gelar mereka lebih teruk daripada Nazi


OLEH EILEEN NG


Published: 24 July 2014




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Eropah dan Amerika kerana mencipta Israel sebagai ‘raksasa’ dan menuduh mereka memejam sebelah mata terhadap kekejaman dilakukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014.Orang Yahudi lebih teruk daripada Nazi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, berhujah mengenai konflik terbaru Israel-Palestin dalam entri terbaru di blognya.
Dalam satu “serangan” panjang yang pedas terhadap bangsa Yahudi, bekas perdana menteri itu mengatakan orang Yahudi tidak belajar daripada kesilapan lalu.
"Bila orang Yahudi dianiayai oleh Nazi di Jerman, mereka memohon simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membuat mereka lebih memahami erti penderitaan.
"Sebaliknya, sekarang mereka bertindak lebih teruk daripada Nazi, langsung tidak pedulikan kesengsaraan orang lain dan kematian yang mereka akibatkan," katanya dalam blognya chedet.cc.
Katanya, orang Yahudi sepatutnya marah kepada orang Jerman dan Eropah lain atas kekejaman yang dilakukan terhadap mereka masa lalu, sebaliknya mereka membunuh orang Arab sebab "ia lebih senang dan menyeronokkan."
Sebagai penyokong tegar Palestin, Dr Mahathir sering melepaskan kemarahannya terhadap Israel.
Negara Yahudi itu pada waktu ini sedang menyerang semenanjung sempit Gaza untuk menghentikan serangan roket Hamas berikutan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi di Tebing Barat, dan penculikan dan pembunuhan seorang remaja Paletin dalam serangan balas.


Lebih 690 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, terkorban ketika serangan di Gaza masuk hari ke-16 hari ini.


Dalam menyenaraikan pelbagai pelanggaran dilakukan Israel dalam serangan mereka, Dr Mahathir berkata ia seakan menghantar isyarat yang negara Yahudi itu dan penduduknya adalah suci dan mereka menentang mereka mesti membayar harga yang mahal.


 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-serang-israel-gelar-mereka-lebih-teruk-daripada-nazi#sthash.iS8P585Q.dpuf








Tioman Island Malaysia ,giant jellyfish   
click image to watch video


UVioO - Giant jellyfish encountered while snorkeling on a dive trip at Pulau Tioman, Malaysia 563949 views


Get Free Facebook Likes






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More